Pesta main air di Sungai Golok - Utusan Malaysia

Pesta main air di Sungai Golok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG – Sungai Golok yang sebelum ini sunyi bertukar menjadi tapak pesta apabila orang ramai mengambil peluang untuk mandi-manda di kawasan berkenaan.

Air Sungai Golok yang cetek sejak seminggu lalu itu disebabkan oleh cuaca panas dan kering yang sedang melanda Kelantan ketika ini.

Mengikut laporan portal infobanjir.water.gov.my paras air Sungai Golok ketika ini berada pada tahap 3.37 meter berbanding normal iaitu 5 meter.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tinjauan mendapati kawasan Pengkalan Pasir menjadi ‘tapak pesta’ seolah-olah taman tema terbuka ekoran penyusutan paras air sungai apabila penduduk mengambil kesempatan untuk mandi-manda.

Seorang penduduk, Ibrahim Lah, 45, berkata, penyusutan paras air Sungai Golok sejak beberapa minggu lalu membuatkan orang ramai berada dalam keadaan siap sedia untuk berpesta.

Menurutnya, kawasan pengkalan itu mula menjadi tumpuan orang ramai sejak Rabu lalu selepas paras air Sungai Golok makin surut.

“Namun bilangan orang ramai makin bertambah masuk sahaja cuti hujung minggu. Saya jangka bilangan pengunjung akan bertambah masuk sahaja musim cuti sekolah yang bakal bermula minggu depan,” katanya.

Ibrahim memberitahu,  bukan sahaja penduduk tempatan, rakyat Thailand turut mengambil kesempatan ‘berpesta’ di kawasan berkenaan.

Katanya, pesta ini dapat dilihat setiap kali musim kemarau apabila air Sungai Golok mulai kering. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini