Cukup-cukuplah sebar berita palsu - Utusan Malaysia

Cukup-cukuplah sebar berita palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Mac – Gerakan Belia 4B Malaysia (GB4BM) menasihatkan agar rakyat tidak panik dan jangan bertindak menyebarkan berita palsu berkaitan krisis pembuangan sisa toksik di Sungai Kim-Kim, Pasir Gudang yang telah menyebabkan lebih 2,000 orang terkesan.

Presidennya, Mohd. Nizam Omar berkata, pihaknya berharap agar krisis ini tidak dijadikan bahan politik oleh mana-mana pihak.

“GB4BM menggesa agar kerajaan mengambil tindakan proaktif dan berkesan dalam menangani krisis pembuangan sisa toksik di Sungai Kim-Kim sehingga menyebabkan lebih 2,000 orang terkesan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“GB4BM telah menggerakkan GB4B kawasan-kawasan berdekatan ke lokasi kejadian bagi menghulurkan bantuan awal. Walau bagaimanapun GB4BM sentiasa peka dan siap siaga untuk menggerakkan sukarelawan ke lokasi kejadian sekiranya keadaan memerlukan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini