SINGAPURA – Tan Sri Robert Kuok mengekalkan kedudukan nombor satu dalam senarai Orang Paling Kaya Forbes Malaysia 2019 dengan nilai bersih AS$12.8 bilion (RM52.35 bilion) walaupun kekayaannya merosot sebanyak AS$2 bilion (RM8.18 bilion), menurut Forbes Asia.
Senarai 50 Orang Paling Kaya Forbes Malaysia 2019 yang dikeluarkan semalam turut menyebut 30 hartawan Malaysia menyaksikan kekayaan mereka merosot, manakala 11 lagi menikmati peningkatan.
Sementara itu, Tan Sri Quek Leng Chan daripada Hong Leong (Malaysia) menambah kekayaan sebanyak AS$2.2 bilion (RM9 bilion) dan kekal pada kedudukan nombor dua dengan nilai bersih AS$9.4 bilion RM38.45 bilion).
Memuatkan artikel berkaitan…
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











