SERDANG – Sebanyak tujuh premis makanan yang melanggar syarat undang-undang perlesenan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) diarah tutup dalam satu Operasi Bersepadu di Serdang Perdana hari ini.
Operasi bermula pukul 9 malam itu turut membongkarkan pemilik tempatan yang menyewakan premis kepada warga asing bagi menjalankan perniagaan makanan.
Antara premis yang diarah tutup termasuk tom yam serta restoran nasi kandar.
Pengarah Jabatan Perlesenan MPSJ, Muhammad Azli Miswan berkata, tindakan pembatalan lesen menunggu pemilik yang menyewakan premis kepada warga asing bagi menjalankan perniagaan.
“Tujuh premis makanan diarahkan tutup bukan sahaja melanggar syarat-syarat MPSJ malah kotor.
“Kesemua premis itu ditutup kerana didapati melanggar Undang-Undang Kecil Pelesenan Establisymen Makanan MPSJ 2007,” katanya kepada ketika ditemui tadi. – K! ONLINE











