Bayi dua kepala selamat dibedah - Utusan Malaysia

Bayi dua kepala selamat dibedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KASHMIR, India – Seorang bayi yang dilahirkan dengan dua kepala dan cuba ditanam hidup-hidup oleh bapanya sendiri telah mendapat permulaan hidup baharu selepas selamat menjalani pembedahan di pekan Nowhatta dekat sini baru-baru ini.

Seorang penggali kubur yang mengesan pergerakan dan tangisan kecil ketika mahu mengebumikan bayi itu memaklumkannya kepada pihak berkuasa menyebabkan bapanya ditahan polis.

Pakar bedah saraf Institut Sains Medikal Sher-i Kashmir, Dr. Abdul Rashid Bhat memberitahu, kepala kedua dengan berat lebih 2 kilogram itu telah dibuang manakala bayi berusia 40 hari tersebut pulang seminggu kemudian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pembedahan mengambil masa tiga jam tetapi kami berjaya membuang ketumbuhan itu. Saiz kepala bayi itu sudah kembali normal dan dia semakin sihat,” katanya. Bayi itu telah diambil sebagai anak angkat oleh pak ciknya.

Kepala kedua itu adalah sejenis ketumbuhan dikenali sebagai oksipital ensefolosel apabila tempurung kepala janin tidak terbentuk dengan lengkap, menyebabkan sebahagian tisu otak terkeluar dan berkumpulan dalam satu kantung. Masalah itu berlaku dalam satu daripada setiap 5,000 kelahiran. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini