Hutan 5 ekar di Kajang terbakar - Utusan Malaysia

Hutan 5 ekar di Kajang terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Mac – Penduduk di Jalan Bukit Mewah 33, Taman Bukit Mewah, Kajang dekat sini cemas apabila kawasan hutan seluas lima ekar berhampiran penempatan mereka terbakar hari ini.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Selangor, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut pada pukul 6.42 petang sebelum pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang, Bangi, Pandan dan Cyberjaya bergegas ke lokasi kejadian.

“Operasi memadam kebakaran berkenaan digerakkan oleh 19 pegawai dan anggota bomba. Apabila tiba, api sedang marak dan proses memadam kebakaran ditumpukan di kawasan yang paling hampir dengan kediaman orang awam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kebakaran dilaporkan terkawal pada pukul 10.30 malam tadi,” kata kenyataan itu di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini