KBS timbang anjur Sukan Asia 2030 - Utusan Malaysia

KBS timbang anjur Sukan Asia 2030

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Mac – Kementerian Belia dan Sukan bukan sahaja bersedia untuk menyokong hasrat Malaysia membida selaku hak penganjuran Sukan Asia 2030, tetapi, juga bagi Sukan Komanwel 2026.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, pihaknya sudah meminta pihak terlibat membawa kertas cadangan untuk dibentangkan kepada barisan Jemaah Menteri.

“Kertas cadangan itu akan diberikan kepada kami dalam tempoh terdekat untuk diperhalusi oleh Jemaah Menteri dan sudah pasti hak penganjuran ini akan diberikan pertimbangan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bukan sahaja Sukan Asia 2030, tetapi, juga Sukan Komanwel 2026. Kita akan mengambil kira semua aspek khususnya mengenai kewangan sebelum mengambil tindakan susulan,” katanya.

Semalam, Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria mencadangkan supaya Malaysia membida hak penganjuran Sukan Asia buat kali pertama untuk tahun 2030.

Mohamad Norza berkata, pihaknya sudah mendapat makluman menerusi mesyuarat Majlis Olimpik Asia (OCA) di Bangkok pada awal bulan ini tentang bidaan Sukan Asia 2030 yang masih terbuka.

Bagi temasya edisi 2022, Sukan Asia akan diadakan di Huangzhou, manakala, Nagoya bakal menjadi tuan rumah bagi temasya 2026.

Thailand dan Indonesia merupakan antara negara jiran yang pernah menjadi tuan rumah Sukan Asia dengan Indonesia kini sedang mengintai peluang untuk menjadi tuan rumah bagi temasya Sukan Olimpik pada masa akan datang.

Bagi edisi 2030, India dan Filipina menjadi negara yang menyatakan kesudian mereka untuk bergelar tuan rumah bagi temasya sukan kedua terbesar di dunia itu.

Sementara itu, bagi Sukan Komanwel, Malaysia pernah bergelar tuah rumah pada 1998, yang menyaksikan kali pertama negara ini menganjurkan sebuah temasya besar dan sekiranya, bidaan dibuat untuk 2026, maka, ia merupakan percubaan kedua Malaysia berbuat demikian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini