Kubu tahanan politik dibangun hotel lima bintang - Utusan Malaysia

Kubu tahanan politik dibangun hotel lima bintang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PODGORICA 14 Mac – Sebuah kubu pulau abad ke-19 di luar pantai Montenegro yang pernah digunakan sebagai penjara untuk tahanan politik semasa Perang Dunia Kedua bakal dibangunkan menjadi hotel mewah bertaraf lima bintang.

Daily Mail melaporkan, Kubu Mamula di Pulau Lastavica digunakan oleh tentera Itali yang menduduki kawasan tersebut.

Mereka menahan kira-kira 2,000 banduan di kubu tersebut yang kebanyakannya diseksa.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selepas perang, pulau itu ditinggalkan dan banyak bahagian kubu yang rosak sehingga Lembaga Pelancongan Montenegro memberikan pajakan 49 tahun kepada Orascom yang berpangkalan di Switzerland pada 2016.

Lapor Telegraph, dengan membangunkan kawasan itu menjadi sebuah hotel butik, lengkap dengan 23 bilik dan spa, Montenegro berharap dapat mewujudkan 200 peluang pekerjaan dengan keuntungan 7.5 juta euro.

Di dalam hotel, terdapat ruang memperingati 130 orang yang telah terbunuh atau mati kelaparan ketika perang serta sebuah muzium mengenai sejarah pulau tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini