Letshaana curi tumpuan di Pulau Pinang - Utusan Malaysia

Letshaana curi tumpuan di Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Mac – Pemain badminton dari Selangor, K. Letshaana menjadi tumpuan berjaya mencuri tumpuan orang ramai sepanjang kejohanan Divisyen Satu Kejohanan Badminton Sirkit Remaja Kebangsaan 100Plus yang berakhir di Pulau Pinang, semalam.

Letshaana menjadi perhatian ramai selepas mengejutkan pilihan utama, Arena Satu Samin dari Sabah dalam aksi perseorangan perempuan bawah 16 tahun selain berjaya merangkul kejuaraan beregu perempuan bersama gandingannya Loh Zhi Wei dalam pertandingan itu.

Dilabel sebagai bintang dalam pembikinan oleh jurulatih remaja kebangsaan, Kwan Yoke Meng, Letshaana menjadikan jaguh badminton negara yang juga Duta 100PLUS, Datuk Wira Lee Chong wei dan pemain No.1 dunia dari Taiwan, Tai Tzu Ying sebagai idolanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya mahu menjadi juara dunia. Saya ada matlamat dan berazam untuk menjadikannya kenyataan.

“Banyak yang perlu dilakukan untuk meraih kejayaan di kejohanan anjuran 100PLUS dan ia menjadi suntikan semangat untuk saya apatah lagi menang ke atas pilihan utama untuk muncul juara,” katanya.

Dalam saingan Divisyen Tiga yang berlangsung di Putrajaya hari ini, Pahang mendominasi tujuh daripada 12 kejuaraan bagi kategori lelaki dan perempuan bawah 12 tahun, 14 tahun dan 16 tahun sementara Kelantan dan Putrajaya masing-masing meraih dua kejuaraan manakala Terengganu meraih satu kejuaraan.

“Sudah tentu kami berbangga dengan pencapaian ini kerana ia atas usaha dan latihan daripada pemain dan kejurulatihan sekaligus memastikan tujuh kemenangan berjaya diraih.

“Namun, ia bukan bermakna kami sudah boleh tersenyum lebar kerana masih banyak ruang yang perlu diperbaiki sebelum pusingan kedua bermula pada Mei nanti,”kata Pengurus pasukan Pahang, Wan Suhaimi Wan Yaacob.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini