Iskandar ke suku akhir China Masters - Utusan Malaysia

Iskandar ke suku akhir China Masters

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Mac – Pemain badminton profesional, Iskandar Zulkarnain Zainuddin mengesahkan aksi suku akhir kejohanan badminton China Masters selepas mengetepikan cabaran pilihan utama dari Indonesia, Ihsan Maulana Mustofa di pusingan kedua hari ini.

Dalam aksi yang berlangsung di Lingshui Culture and Sports Square itu, Iskandar dipaksa bekerja keras hingga ke set penentuan sebelum menang 14-21, 21-13, 21-9 bagi mendapatkan slot ke saingan lapan terbaik.

Keputusan itu menyaksikan dia akan berdepan cabaran pemain Taiwan, Yang Chih Chieh yang menundukkan pemain tuan rumah, Yu Jiahao 21-18, 14-21, 21-16.

Memuatkan artikel berkaitan…

Turut melangkah ke suku akhir ialah pasangan beregu lelaki, Chooi Kah Ming-Low Juan Shen selepas menyingkirkan pasangan Taiwan, Lin Chia Yu-Yang Ming Tse dan akan berdepan cabaran pilihan kelima yang juga wakil tuan rumah, Di Zijian-Wang Chang.

Pasangan tuan rumah itu melangkah ke aksi lapan terbaik selepas menyingkirkan satu lagi pasangan negara, Choong Hon Jian-Man Wei Chong 21-14, 21-17.

Gandingan Tan Boon Heong-Kim Sa Rang juga mara ke suku akhir selepas menewaskan pasangan Taiwan, Liu Wei Chen-Lu Chen 21-19, 21-19 dan akan berdepan cabaran Lee Jhe Huei-Yang Po-Hsuan yang menang 21-11, 21-17 ke atas pilihan ketujuh, Lin Shang Kai-Tseng Min Hao.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini