PASIR GUDANG 14 Mac – Sesi penyerahan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Gudang di sini berjalan lancar sejak dibuka pukul 10 pagi tadi.
Penolong PPD Pembangunan Profesional, Abdullah Abdul Jabar berkata, sehingga pukul 11.30 pagi, sebanyak 80 peratus daripada 8,486 pelajar hadir untuk mengambil keputusan mereka yang diberikan secara berpusat.
“Sehingga kini, pemberian keputusan SPM 2018 membabitkan 37 sekolah menengah di kawasan ini berjalan lancar tanpa ada sebarang kesulitan.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Ini merupakan pertama kali pemberian slip SPM diberikan secara berpusat seperti ini. Pemberian slip ini akan dibuka hingga 3 petang ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE











