Menteri Perubahan Iklim New Zealand ditumbuk - Utusan Malaysia

Menteri Perubahan Iklim New Zealand ditumbuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WELLINGTON 14 Mac – Seorang menteri kanan New Zealand diserang seorang lelaki menyebabkan lebam di matanya, di sini awal pagi tadi.

James Shaw
James Shaw 

Kejadian tersebut berlaku ketika pemimpin bersama Parti Hijau, James Shaw sedang berjalan ke bangunan Parlimen yang dikenali sebagai Beehive.

Seorang lelaki menumbuk di muka Menteri Perubahan Iklim itu yang disifatkan sebagai serangan tanpa provokasi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menteri Perdagangan , David Parker memberitahu pemberita bahawa penyerang dikatakan menjerit mengenai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Sementara itu, polis telah menahan lelaki berusia 47 tahun yang akan didakwa mencederakan dengan niat pada Jumaat ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini