Percukaian, tarif elektrik pertanian perlu dinilai semua - Utusan Malaysia

Percukaian, tarif elektrik pertanian perlu dinilai semua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Mac – Percukaian serta tarif penggunaan elektrik bagi pertanian antara polisi perlu dilihat semula sekiranya kerajaan mahu memastikan sektor pertanian negara dapat menjadi penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salehuddin Ayub berkata, beliau menyedari kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu fokus dan memberi perhatian kepada isu-isu rakyat dan oleh itu langkah yang mesti diambil adalah melihat semula dasar-dasar negara mengenai pertanian.

Oleh itu, tambahnya, perbincangan akan diadakan bersama Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad serta pihak berkaitan supaya penilaian semula polisi-polisi terlibat dapat dilakukan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita tidak boleh fokus kepada industri sahaja dan sekiranya kita mahu bidang pertanian ini juga menyumbang kepada KDNK serta menjadi sektor yang penting

maka beberapa polisi berkenaan pertanian harus dilihat kembali.

“Polisi berkaitan percukaian, tarif dan kewangan harus dilihat kembali supaya ia selari dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang mengamalkan sepenuhnya pertanian moden satu hari nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan program Dialog Niaga Agrobank 2019 di sini hari ini.

Yang hadir sama, Ketua Setiausahanya, Datuk Mohd. Sallehhuddin Hassan, Pengerusi Lembaga Pengarah Agrobank, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal dan Presiden juga Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Syed Alwi Mohamed Sultan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini