SPM: GPN Pahang meningkat - Utusan Malaysia

SPM: GPN Pahang meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 14 Mac – Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 bagi negeri ini mencatatkan pencapaian lebih baik dengan Gred Purata Negeri (GPN) meningkat dari 4.77 pada 2017 kepada 4.73 tahun ini iaitu peningkatan sebanyak 0.04.

Pengarah Pendidikan negeri, Dr. Tajuddin Mohd. Yunus berkata, pada SPM 2018, seramai 15,686 bersamaan 88.34 peratus calon layak mencapat sijil (LMS) berbanding 87.37 peratus pada 2017 iaitu peningkatan 0.97 peratus.

Dari aspek kecemerlangan calon pula, katanya, seramai 238 orang bersamaan 1.34 peratus mendapat semua A dalam semua mata pelajaran yang diduduki.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sekolah-sekolah di negeri ini telah menunjukkan prestasi pencapaian yang meningkat secara berterusan terutama daripada segi kualiti pencapaian.

“Ini ditunjukkan dengan trend GPN yang sentiasa meningkat bermula tahun 2015 dengan GPN 4.94 hingga kepada GPN 4.73 pada tahun ini,” katanya dalam sidang akhbar pengumuman SPM 2018 di Bilik Gerakan, Jabatan Pendidikan Negeri di sini hari ini.

Tajuddin berkata, seramai 17,756 dari 18,140 calon yang mendaftar bagi menduduki SPM 2018 hadir menduduki peperiksaan itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini