947 mangsa pencemaran toksik setakat ini - Utusan Malaysia

947 mangsa pencemaran toksik setakat ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG 14 Mac – Sejak insiden pencemaran toksik di Sungai Kim Kim di sini pada 7 Mac lalu, seramai 947 mangsa telah mendapatkan rawatan awal.

DR. SAHRUDDIN JAMAL
SAHRUDDIN JAMAL 

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr. Sahruddin Jamal berkata, jumlah itu direkodkan di dua pusat rawatan awal yang dibuka iaitu Dewan Serbaguna Taman Pasir Putih dan Dewan Taman Mawar di sini.

“209 mangsa telah dimasukkan ke dalam wad manakala seramai lapan mangsa yang lain telah ditempatkan dalam Unit Rawatan Rapi (ICU).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kesemua mangsa telah diberi rawatan dan mereka yang ditempatkan di ICU juga stabil, termasuk mangsa yang ditularkan dalam media sosial,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Pusat Gerakan Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana Negeri, di Menara Aqabah, di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini