Hatrik Ronaldo julang Juventus - Utusan Malaysia

Hatrik Ronaldo julang Juventus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TURIN – Jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri menghamburkan pujian kepada penyerang, Cristiano Ronaldo yang meledak jaringan hatrik ketika membantu pasukan itu menewaskan Atletico Madrid 3-0 pada aksi kedua pusingan 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara di Stadium Allianz awal pagi semalam.

Menerusi aksi menakjubkan yang ditampilkan Ronaldo, Juventus berjaya memastikan slot suku akhir menjadi milik mereka apabila mencatat kemenangan 3-2 secara agregat.

Allegri berkata, beliau menaruh sepenuh keyakinan terhadap pemain antarabangsa Portugal itu meskipun hanya menjaringkan satu gol dalam enam perlawanan Liga Juara-Juara sebelum ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya fikir, amat mustahil untuk Cristiano menja­ringkan hanya satu gol dalam saingan Liga Juara-Juara. Hari ini (semalam) dia mampu menja­ringkan hatrik kerana bermain baik serta dibantu rakan sepasukan.

“Satu perlawanan yang sangat menarik, lebih-lebih lagi kami menerima sokongan padu daripada penyokong sendiri. Saya gembira kerana berjaya membuatkan peminat bola sepak Itali bangga dengan gaya permainan kami,” kata Allegri.

Dalam pada itu, beliau juga menepis dakwaan yang me­ngatakan skuad The Old Lady merupakan pasukan pilihan untuk menjuarai Liga Juara-Juara musim ini memandangkan masih ada pasukan hebat yang lain.

“Juventus bukanlah pasukan pilihan untuk memenangi Liga Juara-Juara musim ini. Bagaimanapun, kami adalah pasukan pencabar dan sedia untuk berdepan mana-mana pasukan di peringkat suku akhir,” ujarnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini