Lorenzo berlumba dalam kesakitan - Utusan Malaysia

Lorenzo berlumba dalam kesakitan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS – Penampilan jaguh dunia, Jorge Lorenzo bersama pasukan Honda musim ini tidak bermula dengan baik apabila pelumba Sepanyol tersebut mengalami keretakan pada bahagian tulang rusuk selepas terjatuh semasa sesi latihan ketiga di Grand Prix (GP) Qatar Ahad lalu.

Meskipun mengalami kecederaan serius, Lorenzo tetap meneruskan perlumbaan bersama Honda dan berjaya mengutip tiga mata pertama apabila menamatkan saingan di kedudukan ke-13 keseluruhan di Litar Antarabangsa Losail.

Kecederaan tersebut tidak mematahkan semangatnya apabila Lo­renzo menegaskan dia akan sembuh sepenuhnya menjelang perlumbaan pusingan kedua di GP Qatar yang akan bermula pada 31 Mac ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Difahamkan, kecederaan itu memerlukan tempoh tiga minggu hingga sebulan untuk sembuh sepenuhnya.

“Pemeriksaan telah dijalankan dan terdapat keretakan pada tulang rusuk bahagian kanan. Kecederaan ini memerlukan 3 minggu hingga sebulan untuk sembuh secara ke­seluruhan. Kami akan terus ber­saing menjelang perlumbaan GP Argentina nanti,” kata Lorenzo dalam satu kenyataan semalam.

Bekas pelumba Ducati tersebut menyertai pasukan Honda musim ini dan bergandingan bersama juara dunia lima kali, Marc Marquez.

Di GP Gatar, Marquez menamatkan saingan di tangga kedua di belakang pelumba Ducati, Andrea Dovizioso. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini