BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 14 MAC 2019 - Utusan Malaysia

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT – 14 MAC 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DALAM keadaan pelbagai perbincangan dan kenyataan berhubung kedudukan penjawat awam, Awang lega dengan penjelasan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awan, Datuk Borhan Dollah bahawa kawalan saiz perkhidmatan awam bagi tempoh tiga tahun mulai tahun ini hingga 2021 tidak akan melibatkan pemberhentian kakitangan kerajaan.

Sudah tentulah ramai penjawat awam berasa tenang sedikit selepas dihujani dengan pelbagai berita mengenai kedudukan mereka yang kini berjumlah 1.7 juta. Awang sentiasa menghargai pengorbanan dan perkhidmatan yang diberikan penjawat awam.

Tidak dapat dinafikan ada kelemahan perlu diperbaiki. Tetapi pengalaman Awang sepanjang berurusan dengan jabatan-jabatan kerajaan, ia amat memuaskan hati. Justeru Awang berharap dengan penjelasan Ketua Pengarah JPA itu adalah wajar, polemik berhubung jumlah penjawat awam dihentikan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Awang bimbang emosi mereka terganggu sehingga menjejaskan perkhidmatan kepada rakyat.Awang tahu majoriti mereka komited dan bangga menjadi penjawat awam, oleh itu janganlah kita mencetuskan apa-apa polemik atau isu yang melemahkan semangat mereka.

Awang yakin kerajaan prihatin dan tidak bertindak terburu-buru dalam isu ini.

Awang – Ramai saudara dalam penjawat awam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini