Washington memandang Golan menerusi 'mata Zionis' - Utusan Malaysia

Washington memandang Golan menerusi ‘mata Zionis’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DAMSYIK 13 Mac – Kerajaan Syria mengecam kenyataan Senator Amerika Syarikat (AS) dan sekutu rapat Presiden Donald Trump yang melihat Bukit Golan sepatutnya kekal ‘selama-lamanya’ di bawah kawalan rejim Zionis.

“Kenyataan ini (oleh Senator Lindsey Graham) memperlihatkan mentaliti sombong pentadbiran AS, dan mereka melihat isu-isu serantau melalui ‘mata Zionis’ dalam cara melayani kepentingan Israel,” tegas pegawai di Kementerian Hal Ehwal Luar dan Ekspatriat Syria seperti dilaporkan agensi berita SANA.

Pegawai yang enggan namanya didedahkan itu menambah, kenyataan Graham bukan hanya menampakkan ‘sikap tidak ambil tahu’ terhadap fakta sejarah dan geografi malah menunjukkan Washington ‘lemah’ dalam ilmu undang-undang antarabangsa.

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini