Parlimen: Jangan jual atau tutup MAS - Najib - Utusan Malaysia

Parlimen: Jangan jual atau tutup MAS – Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak meminta kerajaan agar tidak menjual atau menutup Malaysia Airlines Bhd. (MAS).

Bekas perdana menteri itu berkata, MAS adalah kebanggaan negara dan ia mesti terus menjadi syarikat penerbangan kebangsaan.

“Tidak mengapa jika kita ada syarikat penerbangan lain. MAS masih syarikat penerbangan kebangsaan. Ini adalah kebanggan negara dan kita tidak boleh gantikannya dengan yang lain.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hampir kesemua negara ada syarikat penerbangan kebangsaan sendiri,” katanya pada pemberita di Lobi Parlimen di sini hari ini.

Najib berkata, ketika beliau merupakan Pengerusi Khazanah Nasional (Khazanah), MAS sedang dalam pelaksanaan pelan pemulihan dan ia memerlukan lebih sedikit masa, untuk dipulihkan.

“Kita ada pelan menyelamat, pelan pemulihan. Kita laksanakan VSS (Skim Pemisahan Sukarela), kita kurangkan jumlah kakitangan MAS, dan kita mahu hentikan laluan yang tidak menguntungkan.

“Tetapi saya rasa syarikat penerbangan ini juga terjejas dengan penurunan jumlah kedatangan pelancong, terutamanya dari China,” ujarnya. – Bernama
 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini