Pencemaran: KPM tunggu saranan sebelum tutup sekolah - Utusan Malaysia

Pencemaran: KPM tunggu saranan sebelum tutup sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Kementerian Pendidikan akan mengambil saranan pelbagai pihak sebelum memutuskan menutup semua sekolah terletak sepanjang Sungai Kim Kim, yang tercemar berikutan pembuangan sisa kimia Khamis lepas.

Menterinya, Maszlee Malik berkata, pihaknya akan mendengar saranan daripada pelbagai pihak dalam satu taklimat petang ini untuk memutuskan sama ada, semua sekolah yang terletak di sepanjang Sungai Kim Kim ditutup untuk tujuan keselamatan.

“Sekarang ada empat sekolah sudah pun ditutup dan tempoh penutupan itu pula bergantung kepada kajian pihak yang berkenaan berdasarkan penilaian professional mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Untuk sekolah lain, saya perlu mengambil saranan daripada pelbagai pihak termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dalam satu taklimat petang ini, sebelum membuat apa-apa keputusan,” kata beliau dalam sidang media selepas melawat mangsa kejadian yang dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI), hari ini.

Setakat 4 petang tadi, Maszlee berkata, daripada maklumat yang diperolehinya insiden terbaru pagi tadi melibatkan seramai 266 pelajar, murid serta kakitangan dari sekolah berkaitan menerima rawatan di HSI, sementara 42 orang lagi dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA). – Bernama
 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini