Masalah suara Nabila bukan gimik - Utusan Malaysia

Masalah suara Nabila bukan gimik

NABILA RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MASIH dalam fasa rawatan, sehingga kini penyanyi popular ini masih belum tahu bila suaranya akan kembali pulih sepenuhnya.

Berhadapan dengan masalah kotak suara sejak beberapa minggu lalu, kata Nabila Razali, ketika ini dia hanya disarankan doktor untuk berehat selama yang boleh.

Mengakui ralat untuk melepaskan beberapa tawaran nyanyian dalam tempoh ini, namun bagi Nabila sendiri apa yang dilakukan, adalah pengorbanan untuk masa depan karier nyanyiannya.

“Doktor sendiri tidak tahu berapa lama saya perlu berehat dalam memastikan keadaan saya benar-benar pulih. Namun nasihatnya seberapa lama yang boleh. Saya ada juga membuat bacaan terhadap mereka yang mengalami masalah yang sama. Ada yang mengambil masa sehingga setahun.

“Jujurnya memang saya tidak boleh ambil masa yang begitu lama, sebab ini adalah periuk nasi saya. Cuma dari masa ke masa saya akan pastikan tahap kesihatan kembali baik dan seterusnya boleh menjalani karier nyanyian seperti biasa,” kongsi penyanyi berusia 28 tahun ini.

Bercakap keadaan terkininya, tambah penyanyi lagu Pematah Hati ini selepas beberapa minggu dia akui keadaan suaranya semakin baik. Namun untuk meneruskan aktivitinya nyanyiannya buat masa ini diakuinya agak sukar.

“Berkenaan suara memang semakin baik, cuma untuk seperti dahulu masih belum boleh. Kalau ada yang tahu saya jenis yang suka ketawa besar jadi perkara seperti itu memang tidak boleh dilakukan lagi.

“Malah buat masa sekarang memang saya terpaksa tolak tawaran nyanyian . Alhamdulillah pihak yang bekerja dengan saya faham apa yang saya lalui. Bercakap mengenai karier lakonan buat masa ini yang memberi kesan adalah kepada penggunaan suara sahaja, jadi untuk penggambaran yang tidak memerlukan saya menggunakan suara yang kuat masih diteruskan.

“Ikutkan banyak yang dilepaskan, tetapi saya melihat ada hikmah yang tersembunyi. Mungkin ini adalah yang terbaik untuk masa depan saya,” katanya dalam nada yang cukup positif.

 

Masih dalam fasa berehat daripada melakukan aktiviti yang melibatkan nyanyian.

Buntu mengenai punca dia berhadapan dengan keadaan masalah suaranya ketika ini, Nabila berkata, buat masa ini dia masih kurang jelas dengan faktor sebenarnya yang menyebabkan kotak suaranya mengalami masalah.

Namun dia tidak menolak antara sebab yang mungkin menyumbang kepada tahap kesihatan suaranya adalah tempoh kerja yang panjang selain kurang rehat.

“Banyak faktor antaranya mungkin dahulu saya bekerja tanpa henti selain tidak berehat. Mungkin juga kesilapan dari nyanyian yang menggunakan teknik yang salah. Makanan juga boleh menjadi faktor.

“Tapi saya melihat ini semua sebagai hikmah untuk saya, mungkin masalah ini terjadi dalam keadaan Covid-19 yang secara tidak langsung memberikan lebih sebab untuk saya berehat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×