Perompak terima ‘pujian’ netizen, serah kembali wang mangsa lepas tengok baki akaun bank - Utusan Malaysia

Perompak terima ‘pujian’ netizen, serah kembali wang mangsa lepas tengok baki akaun bank

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HEYUAN, China 12 Mac – Sebuah perompak menerima ‘pujian’ netizen, atas tindakan baiknya mengembalikan wang yang diambil daripada mangsa setelah melihat jumlah baki akaunnya di bandar Guangdong, baru-baru ini.

Dalam rakaman kamera pengawasan daripada Bank ICBC menunjukkan wanita dengan nama keluarga Li sedang mengeluarkan duit daripada mesin pengeluaran wang automatik (ATM) didatangi suspek bersenjatakan pisau, bulan lalu.

Li yang ketakutan kemudian memberikan 2,500 yuan (RM1,521) baharu dikeluarkan namun perompak itu meminta lagi dan mahu melihat jumlah wang dalam akaun mangsa.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun,selepas melihat jumlah wang mangsa yang sudah kosong, perompak itu mengembalikan semula hasil rompakannya sambil tersenyum sebelum beredar dari lokasi kejadian.

Malangnya, tindakan ‘baik’ perompak itu tidak menyelamatkannya dengan polis menangkap suspek selepas itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini