KUALA LUMPUR 12 Mac – Orang ramai dialu-alu menyertai Larian Ulat Buku u-Pustaka ‘Bookworm Run’ 2019 yang akan berlangsung di Dataran Merdeka di sini pada 31 Mac depan.
Memuatkan artikel berkaitan…
PENDAFTARAN Larian Ulat Buku u-Pustaka Bookworm Run 2019 di Dataran Merdeka, 31 Mac depan masih dibuka kepada orang ramai. – UTUSAN ONLINE
Larian dianjurkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) sempena ulang tahun u-Pustaka kelapan.
Larian Ulat Buku akan bermula pada pukul 7 pagi dan pendaftaran masih boleh dibuat di www.ticket.2u.com.my.
Melalui laman Facebook u-Pustaka, pihaknya memaklumkan objektif larian bertujuan menyokong aktiviti membaca yang memerlukan gaya hidup yang sihat, minda pintar serta memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai perkhidmatan u-Pustaka. – UTUSAN ONLINE











