Statut Rom: Hormati kenyataan Tunku Ismail - Utusan Malaysia

Statut Rom: Hormati kenyataan Tunku Ismail

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Mac – Semua pihak perlu menghormati kenyataan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengenai Majlis Raja-Raja tidak dirujuk perihal Statut Rom.

Exco Majlis Belia Negeri Johor, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, hal itu kerana Tunku Ismail menyatakan tentang asas Perlembagaan Persekutuan bagi pihak rakyat yang dinaungi dan bukannya demi kepentingan peribadi.

“Di dalam semangat Malaysia baharu yang menegakkan kedaulatan undang-undang, kegagalan kerajaan patuh kepada kandungan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara amat mendukacitakan dan tidak dapat diterima sama sekali. Ajar lah rakyat mematuhi undang-undang sebaiknya. Jangan potong sekerat, ambil sekerat. Tidak baik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dengan Statut Rom, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja Melayu boleh dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan tidak ada lagi kekebalan mahupun keistimewaan seperti yang termaktub dalam Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang Tunku Ismail bukanlah seorang wakil rakyat untuk mempersoalkan kewajaran penyertaan Malaysia dalam Statut Rom.

Mengulas lanjut, Mohd. Fared turut mempersoalkan sama ada kerajaan menyantuni peranan dan fungsi Majlis Raja-Raja sebelum membuat sebarang keputusan yang boleh memberi kesan kepada keistimewaan Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja Melayu.

Jelas Mohd. Fared lagi, lebih janggal apabila persetujuan Malaysia untuk menjadi negara pihak Statut Rom tidak dimaklumkan kepada umum walaupun Majlis Raja-Raja sebagai pemegang taruh sebenar isu tersebut.

“Lebih pelik lagi, negara haram Israel tidak pula menandatangani Statut Rom yang boleh difahami secara mudah sebagai ICC pertama berasaskan perjanjian dengan bertujuan menamatkan kekebalan terhadap pelaku jenayah paling serius,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini