22 penagih dadah berjaya dicekup AADK - Utusan Malaysia

22 penagih dadah berjaya dicekup AADK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH – Seramai 22 penagih dadah ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) menerusi Ops Lembah yang dijalankan di Kampung Lembah, Semerak, di sini semalam.

Penolong Pengarah Penguatkuasaan dan Keselamatan AADK negeri, Aman Mustapha berkata, operasi mengesan penagih dijalankan selama dua hari dalam usaha membanteras kes penagihan dadah di kampung berkenaan.

Menurutnya, operasi bersepadu melibatkan anggota AADK negeri dan daerah ini bersama anggota Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) berjaya membuat pemeriksaan ke atas 25 lelaki yang dipantau dalam keadaan mencurigakan selain intipan awal yang dijalankan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Berdasarkan maklumat awam, beberapa lokasi kampung dijadikan tempat menagih dan tumpuan pengedar dadah termasuk dari luar daerah ini.

“Hasil operasi itu kita berjaya menangkap 22 lelaki berusia di antara 18 hingga 51 tahun selepas melakukan ujian saringan air kencing,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Aman berkata, lima daripada mereka didapati positif Methamphetamine kerana menagih pil kuda  manakala 17 lagi positif Opiat dan heroin atau morfin.

“Turut dirampas satu tiub yang mengandungi serbuk putih yang dipercayai dadah dalam straw lutsinar,” katanya.

Beliau berkata, 22 kes disiasat di bawah Seksyen 3 (1) Akta Pemulihan Dadah (Rawatan & Pemulihan)1983, 10 dan seorang lelaki diserahkan kepada pihak polis kerana memiliki dadah dan negatif ujian air kencing.

Penagih dadah terbabit kini ditahan reman selama 14 hari di bawah Seksyen 4 (1)(b) akta yang sama di Pusat Tahanan Reman Pasir Mas mulai semalam untuk siasatan lanjut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini