Golongan LGBT tidak akan terlepas - Muhyiddin - Utusan Malaysia

Golongan LGBT tidak akan terlepas – Muhyiddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Mac – Kerajaan memberi jaminan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) tidak akan terlepas daripada tindakan pihak berkuasa sekiranya mereka melanggar undang-undang negara.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan sebahagian golongan berkenaan yang berhimpun dan berarak sempena Hari Wanita Sedunia, Sabtu lalu telah melanggar undang-undang kerana tidak memiliki permit.

“Nak kata menular tak menular, kes apa sekali pun apa yang ada kaitan dengan undang-undang terutama di bawah Kementerian Dalam Negeri, kita akan bertindak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sesiapa hendak berhimpun kena ikut undang-undang iaitu Akta Perhimpunan Aman 2012. Kalau diikutkan, mereka sudah langgar, biar pihak polis menyiasat,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Semalam, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharudin Abdullah memberitahu, pihaknya akan memanggil penganjur Women’s March kerana melakukan perhimpunan tanpa mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa.

Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof pula berkata, pihaknya menyerahkan kepada Kementerian Dalam Negeri yang mempunyai kuasa perundangan untuk bertindak dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terbabit. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini