23 calon STPM di Melaka peroleh PNGK 4.00 ke atas - Utusan Malaysia

23 calon STPM di Melaka peroleh PNGK 4.00 ke atas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 11 Mac – Sebanyak 23 calon peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi tahun 2018 di negeri ini memperoleh purata nilai gred kumulatif (PNGK) 4.00 dan ke atas, berbanding 19 orang calon pada tahun 2017.

Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Abu Bakar Sahari berkata, kesemua 23 calon tersebut adalah antara 1,171 calon yang menduduki peperiksaan itu di 23 buah pusat peperiksaan di seluruh negeri pada tahun 2018.

Menurutnya, sebanyak 1,160 atau 99.06 peratus calon telah lulus penuh berbanding 1,290 (99.08 peratus) calon pada tahun 2017 iaitu penurunan sebanyak 0.02 peratus namun tetap melepasi peringkat nasional iaitu 98.87 peratus.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Walaupun peratusan yang lulus penuh mencatatkan penurunan namun Gred Purata Negeri mencatatkan peningkatan sebanyak 0.12 mata iaitu 2.89 pada tahun 2018 iaitu 4.33 peratus berbanding 2.77 pada tahun 2017.

“Tahun 2018 juga mencatatkan seramai 564 calon iaitu 48.16 peratus memperoleh PNGK 3.00 dan ke atas berbanding 547 calon iaitu 42.01 peratus pada tahun 2017,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengumumkan keputusan STPM negeri di Jabatan Pendidikan negeri di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini