Williams terpaksa tarik diri - Utusan Malaysia

Williams terpaksa tarik diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

INDIAN WELLS 11 Mac – Serena Williams tidak dapat meneruskan saingan di pusingan ketiga Indian Wells akibat faktor kesihatan ketika menentang Garbine Muguruza yang cuba bangkit daripada ketinggalan 6-3, 1-0 di California, semalam.

Williams merupakan juara Grand Slam 23 kali adalah pilihan ke-10 kejohanan berusaha untuk memperbaiki kedudukan ranking selepas bercuti panjang melahirkan anak perempuannya.

Bekas pemain No. 1 dunia itu bermula dengan baik bagaimanapun dia memanggil jurulatihnya dan selepas berbincang, Williams membuat keputusan untuk meneruskan saingan di set kedua tetapi bintang berusia 37 tahun itu terpaksa akur.

Memuatkan artikel berkaitan…

Itu merupakan kali kedua Williams menarik diri daripada kejohanan pada musim ini selepas melakukannya di pusingan suku akhir Terbuka Australia.

“Kami sudah bertemu banyak kali dan pertarungan sentiasa sengit dan mengujakan. Saya harap dapat melihatnya kembali beraksi dengan keadaan lebih baik,” kata Muguruza yang kini berada di kedudukan ke-20 dunia.

Muguruza akan bertemu pilihan ketujuh, Kiki Bertens dari Belanda yang menewaskan Johanna Konta 7-6 (12/10), 6-4. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini