13 pendaki sesat di Gunung Berlumut selamat - Utusan Malaysia

13 pendaki sesat di Gunung Berlumut selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG – Seramai 13 pendaki dari Johor Bahru berjaya diselamatkan setelah tersesat ketika kumpulan berkenaan melakukan aktiviti mendaki di Gunung Berlumut, Felda Ulu Dengar, Kluang, di sini semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kluang Penguasa Kanan Bomba, Akob Sedek berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 8.50 malam tadi untuk operasi menyelamat itu.

Katanya, daripada laporan yang diterima kesemua mangsa itu tersesat di antara check point ketiga dan keempat gunung berkenaan, selain seorang daripada mereka telah mengalami kecederaan pada bahagian lutut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dalam operasi menyelamat ini, ia disertai oleh 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kluang, tiga anggota polis, empat anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta dua malim gunung itu.

“Kesemua mangsa ini telah berjaya dikesan pagi ini dan mereka berjaya dibawa keluar kira-kira 9 pagi ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini