Zainuddin Ketua Polis Kedah baharu - Utusan Malaysia

Zainuddin Ketua Polis Kedah baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Yaacob mengambil alih tugas Ketua Polis Kedah yang baharu mengantikan Datuk Abd. Rahim Jaafar.

Zainuddin,  58, menggantikan Abd. Rahim, 58, yang akan memulakan tugas baharu sebagai Pengarah Pengurusan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Majlis serah terima tugas itu disaksikan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah (IPK) di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Noor Rashid pada majlis tersebut memakaikan pangkat Komisioner Polis kepada Zainuddin sebelum menyampaikan surat pelantikan Ketua Polis Kedah.

Zainuddin mula berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 1987 dan pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Polis Perak. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini