Perintah berkurung di ESSZone dilanjutkan hingga 27 Mac - Utusan Malaysia

Perintah berkurung di ESSZone dilanjutkan hingga 27 Mac

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang bermula esok dilanjutkan sehingga 27 Mac ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata, perintah berkurung itu meliputi kawasan perairan daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan serta Beluran.

Katanya, perintah berkurung yang baharu akan bermula esok pada pukul 6 petang yang berkuat kuasa selama 24 jam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya perintah berkurung ini akan dilanjutkan selama 14 hari mulai Rabu ini (13 Mac) hingga 27 Mac pukul 6 petang.

“Orang lain tidak dibenarkan memasuki atau berada di kawasan yang telah diisytiharkan antara pukul 6 petang hingga 6 pagi pada tarikh dinyatakan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. – Bernama
 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini