Parlimen: Mesyuarat pertama penggal kedua bermula - Utusan Malaysia

Parlimen: Mesyuarat pertama penggal kedua bermula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-14 bermula hari ini.

Seluruh negara bakal tertumpu kepada titah ucapan perasmian oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah pada majlis pagi ini yang akan disiarkan secara langsung melalui televisyen dan juga ‘live stream’ di Internet.

Ini merupakan ucapan sulung Seri Paduka sejak dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Jan tahun ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Baginda dijadual menyempurnakan istiadat perasmian pada 10 pagi di Dataran Parlimen dan kemudian berangkat untuk menyampaikan titah perasmian di Dewan Rakyat.

Persidangan kali ini dijangka menarik dengan perbincangan mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) berhubung langkah kerajaan untuk meminda Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan untuk mengembalikan hak asal Sabah dan Sarawak. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini