KOTA BHARU – Pasangan pengantin yang baru sebulan mendirikan rumah tangga kesal selepas diserbu penguat kuasa agama ketika sedang bergambar di Pantai Nami, Senok, Bachok, Jumaat lalu.
Dalam kejadian pada pukul 6.08 petang, pasangan itu, Tengku Haidiel Shah Tengku Shahudin, 24, dan isterinya, Nor Elissa Julia Norhisham, 22, ketika itu ditemani adik lelaki Nor Elissa berusia 16 dan 17 tahun sebelum didatangi lima penguat kuasa.
Pasangan tersebut bernikah pada 8 Februari lalu datang ke lokasi tersebut untuk merakamkan gambar kenangan.
“Kami berada di celahan pohon rhu dan bergambar sambil berpegang bahu serta berpimpin tangan. Mereka datang memberi salam sebelum bertanyakan status hubungan kami.
“Saya yang tertinggal beg tangan di dalam kereta meminta adik mengambilnya sebelum menunjukkan kad kahwin kami kepada mereka,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











