Pencemaran kimia: Petunjuk baharu ditemukan - Utusan Malaysia

Pencemaran kimia: Petunjuk baharu ditemukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 10 Mac – Jabatan Alam Sekitar (JAS) percaya dapat mengenal pasti pihak yang membuang sisa buangan berja­dual secara haram di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Khamis lalu berikutan penemuan petunjuk baharu hari ini.

Pengarahnya, Datuk Dr. Mohammad Ezanni Mat Salleh berkata, petunjuk baharu diperoleh daripada keputusan analisis yang dite­rima pihak JAS daripada Jabatan Kimia Johor hari ini diyakini dapat memberi maklumat berkaitan pihak yang melakukan tindakan tidak bertanggungjawab itu.

MOHAMMAD EZANNI
MOHAMMAD EZANNI 

Dengan perkembangan tersebut, katanya, pihak JAS dapat mengecilkan skop siasatan dan suspek yang telah disenarai pendek.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Laporan yang diperoleh dari­pada Jabatan Kimia itu mendedahkan sebatian sebenar bahan kimia yang digunakan dan dapat membantu kami menyenarai pendek pihak terlibat daripada yang kami senaraikan sebelum ini.

“Kami sudah dapat petunjuk baharu, dalangnya hampir dikenal pasti dengan petunjuk ini. Jadi, beri kami sedikit masa untuk terus melakukan siasatan sebelum memaklumkan perkembangannya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Media hari ini melaporkan, Mohammad Ezanni berkata, pihaknya sudah mengenal pasti pihak yang membuang sisa buangan berjadual secara haram di Su­ngai Kim Kim, dipercayai daripada dua sektor iaitu perkapalan dan kilang kimia.

Menurutnya, JAS menyenarai pendek 30 kilang kimia yang terletak di Pasir Gudang dan pada masa sama bekerjasama dengan polis bagi memeriksa rakaman kame­ra litar tertutup (CCTV) di setiap lampu isyarat dan jalan di Pasir Gudang menuju ke sungai itu.

Dalam pada itu, ditanya sebatian kimia yang dikenal pasti hasil analisis Jabatan Kimia, Mo­hammad Ezanni enggan me­ngulas kerana tidak mahu mengganggu siasatan yang sedang dijalankan pihaknya dan polis.

Sementara itu, beliau berkata JAS berterima kasih dengan bantuan orang awam yang tampil membantu siasatan termasuk berkongsi rakaman video yang dirakam atau memberikan kete­rangan kerana amat membantu pihaknya menyelesaikan kes tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini