ADDIS ABABA 10 Mac – Shahaad Abdishakur, Pegawai Protokol kepada Perdana Menteri Somalia, dilaporkan antara terkorban dalam nahas pesawat Ethiopian Airlines, ET302.
BBC melaporkan, perkara itu diumumkan oleh Radio Dalsan, sebuah stesen radio swasta Somalia.
Sementara itu, suasana menjelang penganjuran Perhimpunan Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dijadual berlangsung di Nairobi, Kenya esok diselubungi kepiluan ketika perwakilan meratapi pemergian rakan sekerja yang berada dalam pesawat tersebut.
Memuatkan artikel berkaitan…
Terdahulu, ahli keluarga mangsa yang menunggu di Lapangan Terbang Antarabangsa Jomo Kenyatta, Nairobi telah dimaklumkan mengenai nahas pesawat secara rasmi.











