Bagaimana mahu kahwin 
jika menganggur? – Prabowo - Utusan Malaysia

Bagaimana mahu kahwin 
jika menganggur? – Prabowo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 10 Mac – Calon Pre­siden (Capres) Indonesia, Prabowo Subianto mengulangi azamnya untuk membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat negara ini sekiranya berjaya memenangi pilihan raya Presiden (Pilpres) 2019.

Portal berita Tempo me­laporkan, Prabowo menyatakan tekadnya itu ketika mengadakan pertemuan dengan ulama dan warga di Sekolah Pondok Darussalam, Garut, Jawa Barat semalam.

Ketika disambut golongan muda di kawasan berkenaan, Ketua Umum Parti Gerindra itu sempat bertanya sama ada mereka sudah mempunyai pekerjaan tetap.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Anak-anak muda Garut, sudah memiliki pekerjaan atau belum? Bagaimana mahu mendapatkan kekasih (berkahwin) jika masih menganggur?” soalnya yang disambut gelak ketawa da­ripada orang ramai.

Parabowo kemudian memberitahu, beliau menjadi Capres kerana mahu berkhidmat kepada rakyat Indonesia yang antara lain memperbaiki keadaan ekonomi negara serta membuka lebih banyak peluang pekerjaan.

“Insya-Allah apabila mendapat mandat rakyat, saya akan mendedikasikan sisa hidup saya kepada bangsa dan rakyat.

“Saya akan membanteras ra­suah dan memperbaiki ekonomi rakyat. Rakyat mesti boleh tersenyum kerana mempunyai pekerjaan. Indonesia mesti adil dan makmur,” tegasnya.

Dalam kempennya itu, beliau turut meminta orang ramai supaya mendoakan supaya pilihan raya yang bakal berlangsung pada 17 April ini berjalan lancar dan adil.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini