ADDIS ABABA 10 Mac – Seorang warganegara Indonesia merupakan antara mangsa terkorban dalam nahas pesawat Ethiopian Airlines, ET302, yang terhempas dekat bandar Bishoftu, pagi ini.
BBC melaporkan, Ketua Pegawai Eksekutif Ethiopian Airlines, Tewolde Gebremariam berkata, mangsa lain terdiri daripada 32 penduduk Kenya, 18 (Kanada), Ethiopia (sembilan), Itali (lapan), China (lapan), Amerika Syarikat (lapan), Britain (tujuh), Perancis (tujuh), Mesir (enam), Belanda (lima), India (empat) dan Slovakia (empat).
Mangsa lain, Austria (tiga), Sweden (tiga), Rusia (tiga), Maghribi (dua), Sepanyol (dua), Poland (dua) dan dua warga Israel.
Masing-masing seorang penumpang dari Belgium, Indonesia, Somalia, Norway, Serbia, Togo, Mozambique, Rwanda, Sudan, Uganda dan Yemen.
Empat penumpang memegang pasport Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan dipercayai penumpang menuju ke Nairobi untuk menghadiri Perhimpunan Alam Sekitar PBB esok.











