MBSA terima 50 aduan pokok tumbang - Utusan Malaysia

MBSA terima 50 aduan pokok tumbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menerima 50 aduan berhubung insiden pokok tumbang di beberapa lokasi di bandaraya itu setakat pukul 7.15 malam tadi susulan hujan lebat lebih sejam pada petang tadi.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, Unit Bencana Selangor sedang memantau keadaan semasa dan bersedia menyalurkan bantuan kecemasan.

“Bilik Gerakan Pantas MBSA sentiasa memantau keadaan semasa,” katanya dalam catatan menerusi Facebook.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau turut menasihatkan orang awam untuk mengehadkan aktiviti luar dengan mendahulukan keselamatan diri.

Amirudin juga meminta orang ramai menghubungi MBSA di talian 1800-88-4477 sekiranya ada insiden pokok tumbang di kawasan mereka. 

Beberapa lokasi dilaporkan terjejas dengan insiden pokok tumbang dalam kejadian ribut petir yang berlaku pukul 5.27 petang antaranya Dewan Angsana yang diuruskan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Jalan Liku 8/1, Seksyen 8 dan berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam dan Kondominum Sri Mahligai di Seksyen 9 dan Seksyen 11. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini