WASHINGTON 10 Mac – Syarikat gergasi Amerika Syarikat (AS), Boeing menyatakan kesedian untuk menyalurkan bantuan teknikal untuk mencari punca nahas pesawat Ethiopian Airlines, ET302, yang terhempas di bandar Bishoftu, pagi ini.
“Kami bersedia untuk memberi bantuan atas permintaan dan arahan Lembaga Keselamatan Pengangkutan AS. Boeing amat sedih dengan berita kematian kesemua penumpang dan krew pesawat itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Pesawat jenis sama digunakan Lion Air yang terhempas di Laut Jawa 29 Oktober tahun lalu kira-kira 30 minit sejurus berlepas. -AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











