ADDIS ABABA 10 Mac – Boeing, syarikat pengeluar pesawat 737 MAX 8, melalui Twitter menjelaskan akan ‘memantau dengan teliti keadaan semasa’ selepas pesawat jenis itu milik Ethiopian Airlines terhempas di Bishoftu dekat sini pagi ini.
ETHIOPIAN AIRLINES mengeluarkan kenyataan media mengenai nahas pesawat ET302. AGENSI
BBC melaporkan, pesawat 737 MAX 8 itu masih baharu dan dilancarkan pada 2016 dan memulakan perkhidmatan dalam Ethiopian Airlines pada Julai tahun lalu.
Memuatkan artikel berkaitan…
Pesawat jenis sama terhempas lima bulan lalu melibatkan perkhidmatan Lion Air di Indonesia, hampir 190 orang terbunuh.
Dalam kejadian pagi ini, pesawat ET302 milik Ethiopian Airlines terhempas selepas enam minit berlepas dari Addis Ababa menuju ke Nairobi, Kenya.
Semua 149 penumpang dan lapan krew kabin disahkan terkorban.











