PRK DUN Rantau: Calon akan diumum sehari-dua - Utusan Malaysia

PRK DUN Rantau: Calon akan diumum sehari-dua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 10 Mac – Pakatan Harapan (PH) akan mengumumkan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, dalam masa sehari dua lagi.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Majlis Pimpinan Negeri (MPN) telah menyerahkan enam nama untuk dipertimbangkan pucuk pimpinan Pusat, tanpa terikat sama ada kaum Melayu atau India.

“Proses kita, dengar pandangan cabang dan dengar pandangan negeri, kemudian kita bawa ke Biro Politik dan bincangkan untuk dapatkan input.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita sudah kemuka perbincangan kepada Majlis Presiden PH semalam, jadi mungkin esok atau lusa saya akan umumkan,” katanya selepas merasmikan Pejabat PKR Cabang Rembau di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi PKR Negeri Datuk Seri Aminuddin Harun dan Ketua Cabang PKR Rembau R. Tanggam.

Terdahulu Anwar mengadakan pertemuan dengan MPN dan Ahli Jawatankuasa Cabang PKR Rembau di Kediaman Rasmi Menteri Besar selama tiga jam di sini.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga merupakan Anggota Parlimen Port Dickson berkata, pada sesi pengumuman calon itu nanti, beliau akan memberikan penjelasan berhubung rasional pemilihan calon tersebut.

Mengulas sama ada Timbalan Ketua Cabang PKR Rembau, Dr. S. Streram akan dikekalkan sebagai calon di DUN Rantau, beliau berkata kemungkinannya semua ada.

“Kemungkinan semua ada, tetapi bila kita buat keputusan tentulah kita bagi pertimbangan juga, kita tidak nafikan hak sesiapa tentang apa dia buat, peranan dia termasuk turun naik mahkamah dan sebagainya, tetapi keputusan itu setelah kita bincang semua dan saya percaya parti bagi pengakuan siapa pun (calon) akan bekerja secara compact sebagai satu pasukan yang padu,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya sebelum ini mengumumkan PRK DUN Rantau akan berlangsung pada 13 April ini dengan hari penamaan calon ditetapkan pada 30 Mac, manakala hari mengundi awal ditetapkan pada 9 April. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini