Amaran Russel menjelang GP Malaysia - Utusan Malaysia

Amaran Russel menjelang GP Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Atlet olahraga kebangsaan yang berpangkalan di Australia, Russel Alexander Nasir Taib melaungkan amaran kepada pelari-pelari elit negara menjelang Grand Prix (GP) Malaysia di Bukit Jalil hujung bulan ini.

Russel, 21, konsisten dengan catatan menarik dalam acara 200 meter (m) selepas mencatatkan 21.10 saat (s) untuk meraih pingat gangsa Kejohanan Olahraga Queensland di Pusat Sukan dan Olahraga Queensland, Australia sebentar tadi.

Russel tewas kepada Alexander Hartmann yang muncul juara kejohanan itu dengan catatan masa 20.44s.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ini merupakan kali kedua atlet yang pernah mewakili Malaysia memenangi tempat ketiga pada Kejohanan Olahraga Remaja Asia 2015 itu mencatatkan masa menghampiri rekod 200m kebangsaan 20.90s milik Khairul Hafiz Jantan.

Pada hujung Januari lalu, Russel mencatatkan 20.94s sewaktu menjuarai acara 200m Kejohanan Olahraga Shield di Queensland, Australia. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini