KLANG – Seorang maut manakala empat lagi cedera selepas dipanah petir ketika dipercayai sedang bermain bola di padang bola sepak, Setia Alam di sini petang tadi.
Bagaimanapun, setakat ini identiti kesemua mangsa masih belum dikenalpasti dalam kejadian berlaku kira-kira pukul 5.10 petang itu
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh ketika dihubungi sebentar tadi mengesahkan kejadian tersebut.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Setakat ini, seorang mangsa telah disahkan meninggal dunia, empat lagi termasuk seorang parah telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk rawatan lanjut,” katanya. – K! ONLINE











