Diskaun kompaun 50 peratus MBSA sehingga 31 Mac ini - Utusan Malaysia

Diskaun kompaun 50 peratus MBSA sehingga 31 Mac ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 10 Mac – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengadakan Kempen Pengurangan Kompaun sehingga 50 peratus sepanjang Mac ini untuk memberi peluang kepada orang ramai menyelesaikan tunggakan kompaun kepada pihak berkuasa tempatan itu.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, kempen itu berlangsung sehingga 31 Mac ini.

Menurutnya, antara kompaun yang layak untuk mendapat pengurangan sehingga 50 peratus adalah kesalahan di bawah Undang-undang Kecil Kedai Gunting Rambut 1983, Undang-undang Kecil Taman (MBSA) 2005, Undang-undang Kecil Vandalisme (MBSA) 2005 dan Undang-undang Kecil Establisyemen Makanan (MBSA) 2007.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selain itu kesalahan di bawah Undang-undang Kecil Pengendali Makanan (MBSA) 2007, Undang-undang Kecil Iklan (MBSA) 2007, Undang-undang Kecil Penjaja (MBSA) 2007 dan Perintah Pengangkutan Jalan MBSA 2007, Undang-undang Kecil Pasar (MBSA) 2007 turut diberi pengurangan sama.

Bagi kompaun Tempat Letak Kereta (Perintah Pengangkutan Jalan MBSA), diberikan pengurangan sehingga RM30 daripada  jumlah asal.

Bagi menggalakkan orang ramai membuat pembayaran, MBSA menyediakan perkhidmatan pejabat bergerak Shah Alam On Wheel pada setiap Sabtu di pasar raya terpilih.

Untuk kompaun kesalahan tempat letak kereta, bayaran boleh dibuat Maybank2U, kaunter Bank Muamalat dan kaunter  Bank Rakyat.

Selain itu, saluran bayaran JomPAY juga diperkenalkan untuk kesalahan sama dengan memasukkan kod 6726, nombor kompaun serta nombor telefon, seterusnya jumlah kompaun. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini