Momokan negara Taliban, Malaysia baharu dan hak LGBT - Utusan Malaysia

Momokan negara Taliban, Malaysia baharu dan hak LGBT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEGARA Taliban? Tak perlu tunggu kerjasama UMNO-Pas menang Putrajaya. Kalau betul seperti kata DAP, Kelantan dan Terengganu sebagai perbandingan sudah lama jadi Afghanistan di bawah Taliban.

Pas, UMNO yang secara bergilir memerintah di dua negeri yang umat Islam adalah majoriti besar seperti mana demografi Afghanistan dan negara Asia Barat sebaliknya tidak sesekali mencerminkan tuduhan DAP.

Malah hak agama lain diraikan seperti termaktub dalam Perlembagaan. Di Kelantan misalnya, dicatatkan dalam buku rekod dunia mengenai saiz patung agama lain. Di dua negeri ini, kebudayaan kaum lain juga diangkat dan dipelihara.

Memuatkan artikel berkaitan…

Apakah mengawal penjualan minuman keras itu Taliban? Jika begitu banyak lagi negara bukan Islam yang peraturannya lebih ketat. Di Utah, Amerika Syarikat (AS) misalnya, sangat terkawal. Tujuannya atas sebab menjaga kepentingan awam.

Kalau judi dipersoalkan, Singapura menolak kasino suatu masa dahulu. Kerajaannya walaupun berteraskan sekular ada sebab mengapa tidak berminat dengan judi ketika itu yang juga demi kepentingan moral rakyatnya.

Yang pasti tidak akan berlaku di bawah UMNO-Pas, memberi hak lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) seperti negara Barat dan ini memang ditolak kerajaan mana sekali pun kerana bertentangan budaya Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof juga tentang, mengulangi penegasan yang pernah dibuat kerajaan susulan keberanian sekumpulan peserta berarak menuntut hak LGBT dalam era Malaysia baharu semalam.

Maka, ramai tertanya kenyataan Timbalan Setiausaha Agung DAP, Nga Kor Ming itu apabila membangkitkan soal pentadbiran negara Taliban dalam mengulas kerjasama UMNO-Pas. Bukankah semua perlu berteraskan Perlembagaan Persekutuan?

Satu sudut ia tidak lebih daripada kenyataan politik, tetapi kenapa perkataan negara Taliban yang digunakan dalam momokan tersebut. Tak kan rakyat tidak boleh berfikir atau pun mereka yang sebaliknya? -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini