Perkembangan positif kerjasama UMNO-Pas  - Utusan Malaysia

Perkembangan positif kerjasama UMNO-Pas 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 10 Mac – Dewan Pemuda Pas menyifatkan hasrat membentuk kerajaan campuran di negeri-negeri tadbiran Barisan Nasional (BN) dan Pas sebagai perkembangan positif terhadap kerjasama antara kedua-dua parti politik berkenaan.

Ketuanya, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, dalam politik, Pas melihat banyak jalan dan kaedah yang bukan sahaja dengan parti itu bersama-sama dalam kerajaan dipimpin oleh BN.

“Dengan kata erti lain, Pas dilantik sebagai Exco dalam kerajaan tersebut dan ia boleh berlaku. Kita menyokong kerajaan itu sepertimana  kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dahulu ketika Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjadi Menteri Besar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Walaupun  kita sudah putus dengan Pakatan Rakyat tetapi kita menyokong beliau sebagai Menteri Besar. Apa pun, bagi saya ia adalah satu kenyataan (hasrat mewujudkan kerajaan campuran di empat negeri ditadbir BN dan Pas) yang positif dan kita lihatlah apa perkembangan akan berlaku,” katanya ketika ditemui sebelum merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-24 Dewan Pemuda Pas Paya Besar di sini malam tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk itu mengulas kenyataan Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan berhubung hasrat membentuk kerajaan campuran di negeri-negeri tadbiran BN dan Pas.

Kerajaan campuran itu dijangka bermula di Terengganu diikuti Pahang, Kelantan dan Perlis.

Mohamad dilaporkan berkata, cadangan pembentukan kerajaan campuran dikenali sebagai kerajaan ‘Penyatuan Ummah’ itu sudah dibincangkan dengan Pas dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas kedua-dua parti baru-baru ini.

Beliau menjelaskan, satu jawatankuasa kerja juga telah diwujudkan di peringkat UMNO dipengerusikan Naib Presiden parti itu, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang akan bertindak bersama jawatankuasa dibentuk Pas kelak. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini