12 maut termasuk Datuk Bandar Taraira dalam nahas pesawat terhempas - Utusan Malaysia

12 maut termasuk Datuk Bandar Taraira dalam nahas pesawat terhempas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BOGOTA 10 Mac – Seramai 12 orang termasuk seorang Datuk Bandar dan keluarganya maut dalam nahas pesawat terhempas di wilayah Meta, Colombia semalam.

Menurut pihak penerbangan dan perkkhidmatan kecemasan, pesawat Douglas DC-3 itu terhempas di tengah-tengah negara ketika penerbangan antara bandar San Jose del Guaviare dan Villavicencio sebelum terbakar.

Reuters melaporkan, gensi penerbangan tempatan dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa tiada mangsa terselamat dalam nahas itu yang berlaku selepas pesawat jenis DC-3 membuat panggilan kecemasan pada jam 10.40 pagi waktu tempatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Malangnya, tiada yang terselamat,” kata pihak berkuasa penerbangan Aeronautica Civil sambil menambah bahawa bangkai itu dijumpai berhampiran Villavicencio.

Antara mangsa nahas tersebut adalah Datuk Bandar Taraira, Doris Villegas, suami serta anak perempuannya.

Turut terkorban, juruterbang pesawat berkenaan, Jaime Carrillo dan pembantu juruterbang, Jaime Herrera serta juruteknik penerbangan yang dikenal pasti sebagai Alex Moreno.

Setakat ini, syarikat penerbangan yang dikendalikan Laser Aeroe masih belum memberikan sebarang komen mengenai nahas itu. AFP/AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini