Poland ‘lubuk’ simpanan emas era Hitler - Utusan Malaysia

Poland ‘lubuk’ simpanan emas era Hitler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 9 Mac – Seorang bekas pegawai Nazi dalam catatan hariannya semasa perang mengaku terdapat beratus-ratus lori yang dipenuhi emas, karya seni yang dicuri serta barangan berharga telah disembunyikan di seluruh Poland.

Menurut laporan Daily Mail, buku harian yang ditulis oleh Egon Ollenhaurer itu mendakwa pemimpin Nazi, Adolf Hitler mengarahkan 260 buah trak yang penuh dengan khazanah berharga tersebut disembunyikan di 11 lokasi di Poland.

Ollenhaurer yang memainkan peranan penting dalam operasi tersebut telah bertindak sebagai penghubung antara pegawai Nazi yang lain dengan golongan bangsawan tempatan yang ingin menyembunyikan harta mereka daripada tentera Soviet.

Memuatkan artikel berkaitan…

Buku catatan harian perang itu disimpan di sebuah organisasi di Quedlinburger, Jerman.

Salah satu lokasi rahsia itu dikatakan menyimpan kira-kira 28 tan emas daripada cawangan Reichsbank dan kemudian dikenali sebagai Breslau dan kini Wroclaw.

Lokasi lain pula disembunyikan syiling emas, pingat, barang kemas dan barangan berharga yang diberikan orang kaya kepada Nazi tempatan untuk di­simpan.

Turut tercatat terdapat 47 hasil seni yang dicuri daripada koleksi Perancis termasuk karya Botticelli, Rubens, Cezanne, Carravagio, Monet, Durer, Raffael dan Rembrandt telah disembunyikan.

Selainnya adalah peralatan-peralatan keagamaan yang dicuri di seluruh dunia dalam mencari bukti teori diskriminasi Hitler.

Roman Furmaniak dari Yayasan Schlesische Brucke yang memiliki buku catatan harian tersebut memberitahu thefirstnews.com bahawa organisasi di Quedlinburger akhirnya menyerahkan diari tersebut kepada yayasan selepas melepasi banyak proses perbincangan dalam tempoh 10 tahun.

Furmaniak berkata, keaslian buku harian itu telah disahkan oleh lima institusi di Jerman termasuk Jabatan Sejarah Seni di Universiti Gottingen dan pihaknya memantau lokasi yang disenaraikan bagi memastikannya selamat.

Lokasi harta-harta tersebut disembunyikan dikatakan adalah di perkarangan taman istana.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini