Polis panggil penganjur Women's March - Utusan Malaysia

Polis panggil penganjur Women’s March

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Mac – Polis akan memanggil penganjur Women’s March kerana melakukan perhimpunan tanpa mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharudin Abdullah berkata, penganjur hanya memberi notis pemberitahuan kurang 10 hari daripada tarikh perhimpunan.


“Susulan kelewatan tersebut, penganjur gagal mendapat sebarang kelulusan untuk menganjurkan himpunan berkenaan dan boleh disiasat mengikut Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana menganjurkan himpunan tanpa permit,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…


Pagi tadi, sebanyak 1,000 orang menyertai himpunan tersebut bersempena Hari Wanita Antarabangsa di hadapan Kompleks Beli-belah Sogo di sini yang berakhir kira-kira pukul 12 tengah hari di Dataran Merdeka.


Difahamkan, selain pelbagai pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) berkaitan hak wanita, aktivis, orang awam serta pelajar termasuk penyokong golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) yang membawa bendera warna pelangi yang menjadi lambang kepada golongan itu. – UTUSAN ONLINE


Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini